HIJAU

HIJAU

Tuesday, August 6, 2013

Salam Aidilfitri Daripada Kumpulan HIJAU (Hiburan Islam Jitu Aspirasi Ummah)

Assalamualaikum Warahmatullah... Di Kesempatan Ini Kami Dari Kumpulan Nasyid HIJAU Ingin Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin (^_^) Alhamdulillah...Sekali Lagi sebuah Perjuangan Berjaya Diharungi Dan Kini Tiba Masanya Untuk Meraikan Kemenangan Dengan penuh Rasa Kesyukuran. Ramadhan Oh Ramadhan... Kami Harap Dapat bertemu lagi..Amin.. Sebagai Bingkisan Sebuah Ukhwah, Terimalah Daripada Kami Sebahagian 'Photoshoot' Sekitar Show Di Bufet Ramadhan Hotel Seri Malaysia Taiping 2013 (RAMADHAN 1434H)
HIJAU - KU POHON RESTU AYAH BONDA

Saturday, July 13, 2013

Sekitar Minggu Pertama Show Ramadhan 1434H @ Hotel Seri Malaysia Taiping

Alhamdulillah, 'Show' Minggu Pertama Ramadhan Telah Selesai Dan Sambutan Daripada Para Pelanggan Dan Kakitangan Hotel Sangat Baik(^_^) semuanya 'sporting' habis sampaikan ada yang mengikut untuk bernasyid bersama.. Alhamdulillah...Satu Perkembangan Positif Yang Menunjukkan Nasyid Semakin Mendapat tempat Dalam Hati Masyarakat(^_^)

Friday, July 5, 2013

Salam Ramadhan 1434H Dari Kumpulan Nasyid HIJAU




Bulan Kemuliaan Bulan Kerahmatan
Bulan Keampunan Bulan Ramadhan...

Teringat Lagu Nasyid Ramadhan Bulan Mulia Nyanyian Imad Yang pernah Popular satu ketika Dahulu. Semalam Imad Kembali Membuat Persembahan Bersempena Tilawah Al quran Peringkat Antarabangsa. Ramadhan Hampir Tiba... Rindu Akan Kedatangan Bulan yang Mulia Ini. Telah Lama Blog Nasyid Kumpulan HIJAU ini sepi. Tetapi Sepi Tidak Bermakna  Kami Hilang Cuma Kesibukan Masing-Masing Dalam Tugas Dan Tanggungjawab Perlu Di Utamakan. Insyaallah Dengan Kedatangan Ramadhan Ini  Kembali Menyatukan Kami Sebagai HIJAU Menjadi Wadah Penyampai Hiburan Islam Yang Jitu Sekaligus Menjadi Aspirasi Untuk Ummah. Alhamdulillah Segala Kesyukuran Kami Panjatkan Kepada Allah SWT Kerana Terus Memberikan Rezeki Pada Ramadhan Kali Ini. Ribuan Terima Kasih Diucapkan kepada Pihak Hotel Seri Malaysia Atas Kepercayaan Dan Sokongan Kepada Kami Untuk Terus Membuat Persembahan Pentas Sepanjang Ramadhan Kali Ini. Kami Akan Bersama Anda Setiap Minggu Pada Jumaat Dan Sabtu Di Hotel Seri Malaysia.. Jumpa Di Sana (^_^)

Persembahan Kumpulan HIJAU Di Hotel Taiping Perdana





Persembahan Nasyid HIJAU Di Majlis Makan Malam Dan Hari Anugerah Pusat Perkembangan Minda Darul Ridzuan Yang Berlangsung Di Hotel Perdana Taiping.