HIJAU

HIJAU

Saturday, August 18, 2012

Salam Aidilfitri Daripada Kumpulan HIJAU


Pada Nur Ramadhan Yang Terus Membara
Sinar Kemeriahan Syawal Pun menyala
Kita Raikannya Dengan Indah Bersaudara
Menjadi Sebagai Tangan Kiri Dan Kanan

Yang Sentuhan Keduanya Saling Membersihkan
Kembali Kepada Fitrah
Kepada Ukhwah Kembali Seluruhnya
Kepada Allah Berkat Di Hari Raya

AllahuAkhbar, AllahuAkhbar, AllahuAkhbar... Walillahilham
Ramadhan Pergi Syawal Kembali, Di Kesempatan Ini Kami Kumpulan Hijau Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Minal Aidin Wal Faizin Kepada Seluruh Umat Muslimin Dan Muslimat, Semoga Ramadhan Dan Syawal Yang Hadir Tahun Ini Memberi Makna Yang Besar Kepada Kita Semua. Ribuan Terima Kasih Diucapkan  Kepada Pihak Hotel Seri Malaysia Taiping, Peminat-Peminat Dan Sahabat-Sahabat Kerana Sudi Menjemput Dan Bersama Kami Sepanjang Ramadhan Tahun Ini. Insyaallah Semoga Ukhwah Dan Kerjasama  Yang Terjalin Ini Akan Kekal Di Bawah Lembayung Rahmat Allah SWT...Amin. Tidak Lupa Kepada Ahli-Ahli Kumpulan Hijau Saudara Amir, Hanif Dan Ukasyah Yang Berada Di Perantauan Sepanjang Ramadhan Dan Tidak Dapat Bersama kami Tahun Ini, Semoga Pengorbanan Anda Dalam Pengajian Menjadi Satu Jihad Yang Mulia Di Sisi Allah. Akhir Kata, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN (^_^)

Video : Ucapan Aidilfitri 2012

 

Video : Dari Jauh Ku Pohon Maaf



Sunday, August 12, 2012

Minggu akhir majlis iftar di Hotel Sri Malaysia


"Andai Islam seperti bangunan usang yang hampir roboh,maka aku akan berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda"
(Hasan Al-Banna)

semoga memperoleh segulung 'ijazah' dari universiti Ramadhan 


&

Istiqamah Dalam ‘Positive Reinforcement’ Kerana Allah



ketahuilah sahabat..
jiwa-jiwa muda yang dimaksudkan oleh Hassan Al-Banna itu adalah kita..
semoga  kita terdidik 
semoga kita  terasuh
dalam didikan Ramadhan..
sama-sama kita berusaha mengekalkan didikan ini pada syawal dan bulan-bulan yang seterusnya
Amin..

-Hijau Nasyeed-








video : Indahnya Hidup Ini




Alangkah Indahnya Hidup Ini - Saujana, Saff One, Hijjaz - 

bersama hijau nasyeed


Alangkah Indahnya Hidup Ini

Alangkah indahnya hidup ini,
Pemimpinnya adil, mengasihi rakyat
Ibu bapa mendidik dengan penuh kasih sayang
Anggota masyarakat tolong-menolong berkerjasama

Allah diagungkan, disembah dan ditaati
Sunnah Rasullallah dihayati bersama
Kasih sayang sesama makhluk menjadi budaya
Maaf bermaafan menjadi tradisi

Para ulama berbintang bintang bergemerlapan
Menjadi pedoman musafir di perjalanan
Mereka dipandu menuju ke destinasi
Menghindar dari gangguan dan kesesatan

Tidak ada kasta-kasta di dalam masyarakat
Setiap orang mendapat tempat masing-masing
Tidak ada yang terbiar dan tersisih
Taat sangsi manusia terpelihara

Alangkah indahnya hidup ini,
Pemimpinnya adil, mengasihi rakyat
Ibu bapa mendidik dengan penuh kasih sayang
Anggota masyarakat tolong-menolong berkerjasama

Kesana kesini pemergian dengan bebasnya
Tidak ada gangguan didalam perjalanan
Dimana singgah diucapkan ahlan wasahlan
Menjadi tetamu yang diurus dan dihormati






Saturday, August 11, 2012

sampaikah kita pada Bulan Ramadhan akan datang..


Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita, sahabat..
Di manakah kita?
Adakah kita dikalangan 'businessman yg MUFLIS' menuai taqwa dalam sekolah Ramadhan kali ini..
Ramadhan masih berbaki..jangan persiakan..masih ada waktu untuk menabur benih dan menuai hasil..walaupun hanya tinggal..7 detik Ramadhan lagi..

Inilah amaran kepada kita setelah diperingkatkan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabda baginda (maksudnya):
" Menyesallah dan rugilah.Menyesalllah dan rugilah" . Dalam riwayat lain : "hingus mengalir di hidungnya" Lalu mereka bertanya :
"Siapakah wahai Rasulullah? " Jawab Rasullullah s.a.w : " Orang yang masuk ke bulan Ramadhan sehingga penghujung bulan tetapi dosanya tidak diampunkan" (HR at-Tirmizi)

sahabat..
Ramadhan adalah peluang yang tidak mungkin akan kembali lagi. Santunilah Ramadhan kali ini seakan-akan inilah Ramadhan terakhir dalam sejarah hidup kita dan jadikanlah puasa kali ini sebagai puasa perpisahan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
" Barang siapa yg mengakhiri kehidupannya dengan puasa suatu hari, maka dia akan masuk syurga" (HR al-Bazzar)



-nasyeedhijau-

Wednesday, August 8, 2012

Merisik Al Qadr


Renungkanlah , ketika Ummul Mukminin Aisyah  R.A bertanya kepada Rasulullah s.a.w. "Apa yang mesti di baca apabila memperolehi lailatul qadr?"...
Maka Rasulullah s.a.w menjawab...
"Bacalah : Allahumma innaka' afuwun karimun tuhibbul ' afwa fa' fu 'anni" 
ertinya : Ya Allah , Engkau Maha Pemberi maaf dan Maha Mulia, suka kepada kemaafan, maka maafkanlah aku. (HR Ahmad, at-Tarmizi & Ibnu Majah)



-nasyeedhijau-

Tuesday, August 7, 2012

Single pertama Hijau 'Hijrah dari Kejahilan'...


Hijrah Dari kejahilan..
merupakan 'single pertama' kami..
masih ada kekurangan dalam menghasilkan  melodi yang baik  dalam menghasilkan lagu dlm bentuk dakwah
InsyaAllah semoga 'cebisan' ini dapat memberi manafaat sesama kita..
InsyaAllah

Thursday, August 2, 2012

Sekitar Minggu Kedua Show Ramadhan @ Hotel Seri Malaysia Taiping

Senyuman Lepas 'Perform'
'Setting' Semua Yang Patut
Ketika 'Performance'
Sesi Kedua Di Pentas
Santai Selepas Show


video : Intro Nasyeed Hijau


video : Maulaya Solli  Hijau

Sunday, July 22, 2012

Sekitar Minggu Pertama Show Ramadhan @ Hotel Seri Malaysia Taiping

Kumpulan Nasyid Hijau
Persediaan Sebelum Persembahan
Jarir Dan Hidayat
Fahmi Dan Jarir
Hijau Ketika 'Show'
Hijau Bersama Yang Berbahagia Ustaz Kazim Elias (UKE)

Saturday, July 14, 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan (^_^)
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT yang masih memberikan kita nikmat Ramadhan yang sangat indah dan penuh barakah ini. Di kesempatan ini, sekali lagi kami Kumpulan Hijau mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat muslimin dan muslimat.Untuk makluman semua, pada Ramadhan tahun ini Kumpulan Hijau akan mengadakan persembahan setiap Jumaat dan Sabtu sepanjang Ramadhan di Hotel Seri Malaysia Taiping, Perak. Jumapa anda di sana, Jazakumullah... (^_^)