HIJAU

HIJAU

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan Dari HIJAU (^_^)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Kami Dari Kumpulan HIJAU mengucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat, mudah mudahan ramadhan tahun ini menjadi 'Turning Point' untuk kita bersama sama mempertingkatkan lagi keimanan kita kepada Allah SWT dalam setiap perbuatan seharian kita, Insyaallah(^_^)

Monday, June 7, 2010

Hijau Di Majlis Perkahwinan Faizal As Saufee

Hijau telah mengadakan persembahan di majlis walimatulurus salah seorang anggota As saufee, Saudara Faizal yang bertempat di Sayong, Kuala Kangsar.


Kelihatan Fahmi'tara' bersama Bro jarir dan Bro Safwan sementara menunggu untuk 'Sound Check'


Hijau sebelum membuat persembahan


Faizal As saufee bersama teman seperjuangannya Nazrul


Hijau bersama Faizal As saufee

Tahniah kepada saudara Faizal yang telah mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan beliau. Sama cantik, sama padan. Semoga Kalian berdua berbahagia(^_^)

video hijau : Hawa





Wednesday, April 28, 2010

Hijau Di Pejabat Agama Daerah Larut Matang Dan Selama Sempena Karnival Halalan Thoyyiba & Majlis Tilawah

Pada 28 dan 29 haribulan HIJAU telah membuat persembahan selama 2 hari berturut-turut bersempena majlis tilawah dan karnival halalan thoyyiba.


Banner Karnival Halalan Thoyyiba Dan Majlis Tilawah


Bergambar Sebelum 'Show'


Bro Jarir Berposing Selepas 'Perform'


Bro Dayat Macam Nak Jual Minyak Wangi Jer...HiHi


Tersenyum Lebar bro Jarir sebelum Show


Menjamu Selera Sebelum Performance


HIJAU bergambar bersama(^_^)


Gaya berfikir Bro Dayat bersama Amir


HIJAU Selepas 'Show'




video hijau : Doa Tilawah


Sunday, April 11, 2010

Hijau Di Maahad Tarbiah Islamiah Batu 8 Sempena Majlis Ihtifal

Antara Aktiviti Kumpulan Nasyid HIJAU Yang Terkini Adalah Membuat Persembahan Di Sekolah-Sekolah Di Daerah Larut Matang Dan Selama Sempena Beberapa Majlis Rasmi, Salah Satunya Ialah Majlis Ihtifal Peringkat Sekolah 2010 Yang Berlangsung Di Maahad Tarbiah Islamiah Batu 8(^_^)

'Banner Majlis Ihtifal'


Hijau Menunggu Sebelum Performance


Sementara Menunggu Show 'Posing' Depan Kamera


Hijau Bersama Juara Nasyid Lelaki Ihtifal Kali Ini


Bro Senior Dalam Hijau Memberikan 'Pose' Menarik


Selepas 'Performance' Rileks Dulu Di Luar Dewan


Waktu 'Performance'


Luasnya Abang-Abang Hijau Nganga, Hihihi...


Bro Dayat Bersama Pasukan Sekolahnya

Hijau akan lebih me'mantop'kan persembahan mereka dari semasa ke semasa, Insyaallah(^_^)


video hijau : live di Mahaad Tarbiah Islam



Tuesday, January 26, 2010

Sekitar Show Amal HIJAU Di Darul Mulkan, Matang

Alhamdulillah,Kumpulan Hijau semakin mendapat tempat di hati masyarakat Larut Matang dan Selama. Terdapat beberapa jemputan kepada Hijau untuk membuat persembahan di majlis-majlis mereka. Antara yang terbaru adalah di Institut Darul Mulkan iaitu sebuah sekolah rendah agama bestari yang bertempat di Matang. Kerjasama daripada semua pihak secara langsung mahupun tidak langsung sangatlah dihargai, Jazakumullah...


Ucapan Berserta Amanat Daripada Guru Besar Institut Darul Mulkan


Hijau Mengalunkan Irama Muzik Sebagai Latar Belakang Muzik Mengiringi Setiap Anugerah Yang Disampaikan


Bro Jarir, Hanif Dan Syazlin Memberi Tumpuan Pada Majlis


Fahmi Bersama Kembar Aman Dan Amin Sempat Bersantai Berbual Sementara Menunggu Untuk Perform


Selepas Habis Perform, Masa Untuk Menjamu Selera(^_^)

Walaupun Ketika Show Di Darul Mulkan Vokalis-Vokalis Hijau Mengalami Kehilangan Suara, Tapi Mereka Tetap Memberi Komitmen Terbaik Dalam Menjayakan Majlis.. Chayokk Hijau!!!